Allah SWT berfirman
yang maksudnya :
“ Dan segeralah
kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari
Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa “. ( QS Ali Imran ayat 133 )
Salam All,
Dalam kealpaan kita bergurau senda mungkin ada sahabat yang berduka dan terasa
hati, dalam bercerita mungkin ada sahabat yang diumpat, dikeji dan difitnah.
Sempena kedatangan Ramadhan, bulan yang suci dan penuh maghfirah, marilah kita
bermaaf-maafan antara satu sama lain semoga amal ibadah kita dibulan Ramadhan
ini mendapat keredaaan, keberkatan dan ganjaran Allah SWT sebanyak-banyaknya.
Bersama-sama kita memohon maaf dan memaafkan sahabat-sahabat kita agar ibadah
kita semua mendapat keberkatan Allah SWT. Insyallah.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment